Penglibatan Kontinjen Pengakap Kelantan Ke Perkampungan Pengakap Malaysia dan Jamboree Pengakap Antarabangsa Melaka Bandaraya Warisan Dunia Kali 9
Perkampungan Pengakap Malaysia Sempena Sambutan Hari Belia Negara 2013
Bertempat di : Putrajaya
Tarikh : 23 hingga 25 Mei 2013
Kontinjen Pengakap Kelantan akan menghantar seramai 200 ahli pengakap ( 5 buah bas ) menyertai perkhemahan pada kali ini.
Kontinjen pada kali ini diketuai oleh :
Pn. Sharifah Faridah bt. Syed Bulat ( Pesuruhjaya Daerah Kota Bharu )
Manakala Timbalan Ketua Kontinjen dipertanggungjawabkan kepada :
Hj. Mustapha b. Mat ( Pen. Pesuruhjaya Negeri ~ Unit Pengakap Muda )
Turut serta :
Hj. Mohd Adnan b. Hassan Nordin ( Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan )
En. Sharberi b. Zakaria ( Pen. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan ~ Pengurusan Risiko, Pembangunan dan Perhubungan )
En. Che Sazali b. Che Ibrahim ( Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Kelantan ~ Latihan dan Pentadbiran )
Selepas penutup iaitu pada malam 25/5/2013, Kontinjen Pengakap Kelantan akan terus bertolak ke Melaka untuk mengikuti Jamboree Pengakap Antarabangsa Melaka Bandaraya Warisan Dunia Kali 9. Kontinjen kami akan mengikuti kesemua aktiviti di sana sehingga 30/5/2013 .